NewsCyber.tech

Belajar Lah Sebelum Belajar Itu Di LARANG !

CARA MENCARI ADMIN LOGIN DI WEBSITE





Mencari halaman "Admin Login" kadang kala sangat sukar, Disini Sefster  akan memberikan sedikit tips yang mungkin membantu anda.Setelah sesuatu web terdedah kepada suntikan SQL (SQLI)  mungkin mudah untuk mendapat nama pengguna dan katalaluan, langkah seterusnya ialah  mencari halaman Log masuk "Admin Login" untuk masuk sebagai pemilik laman berkenaan.

Dibawah adalah beberapa kaedah / Tips untuk mencari halaman log masuk pentadbir "Admin Login"

1.Menambah Url


ni adalah kaedah yang pertama dan paling mudah untuk mencari laman login admin. Anda boleh menambah beberapa perkataan selepas URL.contoh:


www.site.com/admin
www.site.com/administrator
www.site.com/login
www.site.com/wp-login.php
www.site.com/admin.php

2.Mengguna Crawling software
Anda boleh menggunakan pelbagai alat jenis Crawling software untuk merangkak ke dalam laman web untuk mendapatkan halaman "Admin Login". ia mencari semua muka surat/page didalam laman web dan memaparkan senarai semua laman di direktori.

3.Robots.txt
pemilik laman web sebenarnya memberikan senarai pautan yang tidak boleh dicari oleh enjin pencarian "Search Engine".kadang kala pemilik akan menyembunyikan Halaman "Admin Login" Mereka pada robots.txt. secara langsung anda boleh melihat di fail robots.txt dengan menambah /robots.txt pada Url.
Contoh: www.site.com/robots.txt

4.Google Dork'
Ada juga boleh menggunakan google dork untuk mencari halaman "Admin Login" contoh seperti:
#Site:site.com “admin”
#Site:site.com inurl:login
#site:site.com intitle:"admin login"

5.Online
Terdapat juga beberapa laman web yang menyediakan perkhidmatan mencari halaman "Admin Login" secara online, anda juga boleh menggunakan laman web ini untuk mencari halaman "Admin Login" [Link+]

6.Havij
Havij merupakan salah satu software yang sangat popular sehingga ke hari ini,ia juga mempunyai pengimbas untuk membantu anda menemukan halaman "Admin Login"

7.Dan Banyak Lagi.

Sebagai Tindakan, anda mungkin dapat mencegah penggodam khasnya yang berniat jahat untuk masuk ke dalam halaman anda,Jadi cuba elakan  perkara yang tersenarai diatas dari ditemukan oleh mereka.

semuga bermanfaat bagi kalian : )  
Share this article :
+
Previous
Next Post »
 
Copyright © 2017 NewsCyber.tech - All Rights Reserved - DMCA
Template By Kunci Dunia